Friday, January 21, 2011

Tudung pakai terus.



'Ye lah ye lah, along minat dah tudung tu :P'

Tudung stail pakai terus. Ala, yang ala-ala Ariani tapi sebenarnya aku beli tepi jalan yang harga RM10 tu je yang betul betul aku mampu. Takde RM10 pun, RM 12 yang paling murah.
*Pssst,kalau ada murah lagi, do inform me ASAP ! Again, A.S.A.P tuu*

Dulu, aku mana layan tudung macam ni. Adik aku, Shaza tu, minat bebeno dia dekat tudung macam ni. Aku pakai tudung tiga segi pun takpelah asalkan aku pakai tudung bukan tudung saji tu. Isk tak boleh bayang ak kalau aku sanggup pakai tudung jenama saji makanan dekat dapur tu. .

Shaza tu pernah je recommend aku, dia suruh aku up-to-date sikit, ni duk pakai tudung bawal selendang tu. Tak pakai pun tudung macam dia pakai. Berjuta dah orang pakai. Tapi aku layan tudung lain. Baik betul adik aku *sebenarnya dia tak mahu kakak dia selekeh agaknya tapi boleh dikatakan bagus punya adik lah kan. Okay sambung cerita lagi. Pernah je aku cakap macam ni 'eleh tudung tu macam bibik pakai je' Eheh. Amik kau! Tudung bibik dulu aku panggil. Sekarang, bukan main pakai tudung tu dah tau tauw. Malu jugak sebenarnya dekat adik aku.

Hari tu, dah nak rushing kan, malas la nak ambik brooch nak selit situ sini macam orang orang lain pakai KEMAS je. tapi dah aku rushing, terus masuk bilik, ambik tudung pakai terus tu, then pakai. SENANG JE KIJE kan kan ;D

Punye la tengok cermin. 'laaa tak macam bibik pun. comel je aku pakai.'

Aku puji diri sendiri depan cermin tu slowly je. Dengar orang, malu jugak aku kan. Masuk je dalam kereta tu. Maybe adik aku Shaza tu penransan yang aku pakai tudung stail pakai terus tu. 'Eh awak ni kata tak minat tudung tu' Sambil buat muka perli. Eeee geram ANA tauw !

Tahu lah aku dah berubah niat pakai tudung tu. Dulu dia jugak terhegeh hegeh buat aku berkenan dekat tudung tu sampai sekarang tau. HA HA HA. Thanks to Shaza Shazwana lah :')

Nahhh, banyak jugak aku letak gambar tudung pakai terus tu dekat pesbuk. Siap buat ppic lagi.


No comments:

Post a Comment

♥.♥