Thursday, April 7, 2011

saya & adik-adik saya ♥

Sebab card reader, saya bangun pagi-pagi. Awal pagi. Pukul Enam Lima Minit. Sebenarnya saya terjaga-sebab saya rasa rimas dengan earphone dekat telinga macam nak belit belit tengkak dah-. BACK TO STORY. saya terjaga, then handphone saya menyala dengan tiba tiba. saya tak tekan pape pun. pelik kan tu. oh baru saya tahu, battery low rupanya. (macam keling je cerita -,-')

kemudian, saya pun keluar bilik. pergi ke ruang tamu. abah sudah pun terjaga. pagi ni, beliau pergi KB. fly to KL. disebabkan saya rasa kangen sangat sangat atau dengan kata lain, rindu tahap gilak dekat kamera saya. oh sebelum tu, kamera saya duk dengan ustaz. AND hey, bukan kene rampas macam handphone saya edisi tahun lepas tu. tapi, untuk kamera ni, saya 'hantar' dekat ustaz. ye lah,saya kan duk kat asrama. tak berani lah nak pegang. nanti kene rampas. better saya surrender. EYH ape saya taip ni tah pape pulak.

'abah along nak gi asrama lah pagi ni'

'asrama? untuk apa?'

'nak ambik buku untuk hari Ahad & nak ambik dslr'
(duk pikir sebenarnya-nak cakap ke tak-nak ambik card reader-um tak payahlah)

abah menjawab

'um siap siap lah pukul 7 kena betolak dah. pukul 8 tu abah kena ade dekat airport dah pun'

oh sebelum aku bersiap siap tu, aku pun kejutkan adik aku yang semalam tertidur dekat sofa ruang tamu. haih tahu lah kipas dekat situ sejuk kan. hape lah Izzul ni -,-'

aku ajak dia. sebab, aku tak berani lah pegi KB hari jumaat sorang sorang. then balik dengan bas SEORANG DIRI pulak tu. haih. dah lah aku ni perempuan. gadis pulak tu. hik hikk :D

then, adik lelaki aku yang seorang lagi pun jeles. sebab tak ajak dia. aku sebagai kakak yang adil, aku pun ajak lah rifqi biar ikut sekali dengan aku. lagi aku berani ada dua orang body guards. tapi sebenarnya rumit jugak sebab kena jaga dua orang adik sekaligus.

okay saya ringkaskan cerita sebab kalau nak tahu cerita penuh lah kan saya pergi makan dekat kedai mamak and dah la tudung saya serabai dengan kasut saya tak bertali dan segala macam.

Ringkaskan Cerita.

saya sampai dekat asrama dengan selamat. teruuus saya jumpa ustaz, mintak camera. okay melompat tinggi sebab dapat dah kamera. and, dari melompat tinggi tinggi tadi jatuh menjunam sebab masuk bilik (dalam asrama). Tahu apa? Card Reader hilang. HILANG sebab aku tak ingat letak kat mane. Ataupun, kena curi. (tapi macam tak worth ah kalau si stealer tu curi, sebabnye aku beli card reader tu only RM10. i think, he/she can buy it by him/herself lah kan?)

ahhh nasib baik card reader tu only rm10. kalau aku beli yang RM30 punya, memang lah memang. terus aku buat semayang hajat doakan yang buruk berlaku! Hisk tak baik -.....-

okay okay. malas dah aku nak cari card reader. sebab, aku beranggapan, aku ada usb dslr dekat rumah. ala, boleh je nak upload fotos kan? okaaaay then.

aku pun ajak adik aku pegi mcD. sebenarnya, kiteorang dah makan dah. tapi disebabkan karenah aku. yelah, tadi makan dekat kedai mamak tu, aku tak berapa nak suka dekat nasi gulai ayam dia. tak sedap :E so, aku tebus balik. makan Fillet-O-Fish :D dengan adik-adik aku.

(sebenarnya kalau ade card reader,aku dah letak gambar dah tapi tunggu USB jumpeee dulu)

lepas makan mcD, aku pegi tempat lain. malas cerita. sebab panjang and banyak cerita.

ada satu adegan ni,

nak lintas jalan. aku buat coolio aku lah kan. aku yang lintas dulu, sebab then boleh adik aku lintas. aku tolong bagi isyarat kat diorang lah kan? (even-aku tak pandai nak crossing the road)

then, adik aku cakap aku BUAT jalan tu macam aku yang punya. sebab sikiiiiiiiiiiiit lagi kereta nak langgar aku. adik aku yang buat tanda 'STOP STOP'. aku buat deeerk je sebab malu bhai. adik aku pun marah marah aku.

'ape la along ni tak tengok kiri kanan'

itu adik umur 11 tahun bersuara.

'heh awak ni tok tengok doh dio maso lintas'

kemudian, abangnya bersuara.

aku pun. 'eh boleh dok jange marah along time tengah jalan? malu lah!'

sebenarnya aku tahu-salah aku. nasib baik aku still bernafas. still boleh balik pasir mas dengan selamat. hisk .____.

then nak lintas jalan besar ni. jalan besar.

'izz along takut nak lintas jalan'
(trauma kot sebab tadi HAHA)

'gini la, ade orang tu nak lintas jalan,kita ikut je lah dia'
(auch caring adik aku!)

HI HI HI. caring betul adik-adik saya. diaorang sayangkan saya. kan saya dah cakap. ik ik. tak payah nak describe the feelings by words. by action lagi lah aku rasa touched much!

kesian adik-adik saya. berjalan jauh diorang. sebenarnya kalau nak ikut kata ummi, lepas pergi asrama, terus naik bas-balik- tapi aku dah text dah umi, i told her. nak pegi mcD dulu and semua semua. ummi bagi je :')

akhirnya. saya di PASIR MAS. balik dengan STILL bertiga. takde yang lebih-dan jugak-takde yang kurang.
(kurang? hisk scary molek .____.)

Sekian sahaja cerita saya hari ini.

Saya berasa sangat bangga sebab panjang betul saya karang. SOBS.

(sekejap AKU sekejap SAYA-haih broken betul)









No comments:

Post a Comment

♥.♥